Thursday, October 14, 2010

Lawatan Ke Rumah Anak Yatim Nur Ikhlas, Kuang Selangor



Salam,

Dengan sukacita diumumkan bahawa Radio Amatur Kuala Lumpur ("RAKL") akan mengadakan satu lawatan ke Rumah Anak Yatim Nur Ikhlas, Kuang Selangor. Butiran untuk lawatan ini adalah seperti berikut:-

Tarikh: 24 Oktober 2010
Tempat berkumpul: Tol Jalan Duta
Masa: 10.00 pagi

Lawatan ini bertujuan bagi menghantar sumbangan berupa mesin basuh dan peti ais bagi kegunaan rumah anak yatim ini.

RAKL juga ingin menjemput mana-mana rakan ham untuk sama-sama menyumbang kepada Rumah Anak Yatim ini. Sumbangan bolehlah disampaikan sendiri kepada rumah anak yatim ketika lawatan atau melalui RAKL.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tuan Setiausaha RAKL 9w2llh / Pak Long di talian 0193927753.

Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment