Sunday, September 26, 2010

Latar belakang ringkas - 9m4ckl

Salam,

Alhamdulillah, pada 20 September 2010 yang lalu, sukacita dimaklumkan bahawa callsign 9m4ckl dengan rasminya telah didaftarkan kepada Kelab Peminat Radio Amatur Kuala Lumpur.

Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah semata-mata untuk menambahkan lagi kemeriahan dunia radio amatur di Malaysia. Kelab ini ditubuhkan dengan tujuan khusus untuk mengumpulkan peminat-peminat radio amatur di Kuala Lumpur.

Ribuan terima kasih ditujukan buat tulang belakang Kelab Peminat Radio Amatur Kuala Lumpur terutamanya 9w2oob dan 9w2llh diatas segala kerja keras dan penat lelah yang telah disumbangkan ke arah penubuhan kelab ini.

Sebagai sebuah kelab radio amatur yang paling muda, kami dengan segala rendah diri memohon sokongan dan bantuan dari peminat-peminat radio amatur di Kuala Lumpur.

Tidak terlintas lansung dihati kami untuk bermegah-megah atau bersaing dengan mana-mana kelab yang sedia ada. Malahan kami bersedia untuk menerima segala teguran diatas kekurangan kami kelab radio amatur yang paling muda.

Oleh yang demikian, jika ada sebarang cadangan, bantuan atau apa-apa sekalipun yang ingin disampaikan kepada kami sila hubungi 9w2llh atau email terus kepada radioamaturkl[a]gmail[dot]com.

Frekuensi kita, tanggungjawab kita.

Sekian, majulah radio amatur untuk negara.

2 comments:

  1. Tahniah kepada semua yang telah secara lansung dan tidak lansung menjayakan penubuhan Kelab Peminat Radio Amatur Kuala Lumpur dan seterusnya mendaftar sebagai Kelab Radio amatur dengan MCMC dan seterusnya mendapat kata panggilan 9M4CKL.

    Tahniah sekali lagi semoga usaha anda diberkati.

    Disini saya berharap RAKL dapat berkembang dengan sihat dan menjadi satu badan sosial yang munghubungkan silaturahim di antara ahli-ahli juga bukan ahli dan membuka laluan kepa mana-mana kelab lain yang mempunyai minat dan matlamat yang hampir sama.

    Akhir sekali saya berharap RAKT tidak terpengaruh atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang akan menjurus kepada kehancuran ...

    Wasallam ... Semoga berjaya mencapai matlamat.

    ReplyDelete
  2. 9W2TGA @ ROSLEE dari SERI MANJUNG, PERAK
    16/6/2011 00.20 h
    Dengan kekuatan Medium telah memancar ke 9M4CKL dengan IC-8000 dibantu dengan V24 Special berketinggian 82 kaki dari paras bumi.

    ReplyDelete