Friday, October 29, 2010

Wednesday, October 27, 2010

Repeater RAKL - 9M4 RZS

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.... Akhirnya semua telah selesai.

Nama Kelab: Radio Amatur Kuala Lumpur
Tarikh Daftar: 13/08/2010
No Pendaftaran: 2009-10-WKL
Email: radioamaturkl@gmail.com
CallSign Club: 9M4 CKL
Repeater Frequency: 147.650
Shift: -600 = 147.050
Tone: 233.6
No. MBB ACC 564490214241

Ingin mengucapkan kepada semua rakan-rakan amatur:

"Selamat Memancar"

Dari,

9W2 LLH
Setiausaha RAKL

Sunday, October 24, 2010

Pusat Jagaan Anak Yatim Nur Ikhlas



Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Lawatil facebook group RAKL untuk gambar-gambar yang lain.

Saturday, October 23, 2010

Aktiviti Pemasangan Antena RAKL




Pada tarikh 20/10/10 satu aktiviti pemasangan antenna telah dijalankan oleh ahli-ahli Radio Amatur Kuala Lumpur. Antenna ini adalah bagi kegunaan pengulang kepunyaan 9m4ckl. Buat masa ini, frekuensi pengulang RAKL masih lagi dalam fasa percubaan. Pengulang ini akan meliputi kawasan lembah Kelang.
Bersama-sama membanting tulang menaikan antena


Pole dan antenna yang telah berjaya di tegakkan


Antena percuban untuk pengulang 9M4CKL

Insyaallah, jika semuanya berjalan lancar, RAKL akan mengumumkan frekuensi pengulang dalam masa yang terdekat. Harap semua dapat bersabar

Sebarang pertanyaan sila hubungi Setiausaha RAKL 9w2llh / Pak Long di talian 0193927753.

Sekian, terima kasih.

Thursday, October 14, 2010

Lawatan Ke Rumah Anak Yatim Nur Ikhlas, Kuang Selangor



Salam,

Dengan sukacita diumumkan bahawa Radio Amatur Kuala Lumpur ("RAKL") akan mengadakan satu lawatan ke Rumah Anak Yatim Nur Ikhlas, Kuang Selangor. Butiran untuk lawatan ini adalah seperti berikut:-

Tarikh: 24 Oktober 2010
Tempat berkumpul: Tol Jalan Duta
Masa: 10.00 pagi

Lawatan ini bertujuan bagi menghantar sumbangan berupa mesin basuh dan peti ais bagi kegunaan rumah anak yatim ini.

RAKL juga ingin menjemput mana-mana rakan ham untuk sama-sama menyumbang kepada Rumah Anak Yatim ini. Sumbangan bolehlah disampaikan sendiri kepada rumah anak yatim ketika lawatan atau melalui RAKL.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tuan Setiausaha RAKL 9w2llh / Pak Long di talian 0193927753.

Sekian, terima kasih.


Monday, October 11, 2010

Vistana Hotel KL Penyampaian Sijil RAKL oleh ROS WKL 9/10/2010




Bismillahirahmanirahmin
Saat Bersejarah Tanggal 9/10/2010 DI Vistana Hotel
Kuala Lumpur
Dimana Dengan Rasmi nya Kelab Peminat Radio Amatur
Kuala Lumpur di anugerahkan Sijil Penubuhannya
Oleh R.O.S WKL
Yang diterima Oleh wakil RAKL 9W2 OOB dan 9W2 LLH

Barisan Peneraju RAKL

Berikut adalah merupakan Barisan Peneraju Radio Amatur Kuala Lumpur (RAKL)

Berdiri di hadapan : Basariah Desa - 9w2soq, Ahmad Zakornain bin Ahmad Zawawi - 9w2oob, Asrulhisyam Ishak - 9w2kea dan Mohammad Azizir Rahim - 9w2zro

Berdiri di barisan belakang: Wan Shaziruddin Zainudin - 9w2was, Hishamuddin Abdullah - 9w2pok, Ahmad Safri Abdul Aziz - 9w2llh, Zulkifli Mahmud - 9w2cfo, Mohd Razi Othman - 9w2rdh

Tiada dalam gambar: Abdul Razak @ Rahman - 9w2trp dan Mohd Ikhwan Ab Razak - 9w2esp

Di harap, RAKL akan terus maju dimasa akan datang.

Sekian.

Friday, October 8, 2010

Frekuensi Percubaan Pengulang RAKL

Salam,

Untuk makluman semua, RAKL sedang dalam proses menguji pancar repeater pertama kami. Tujuan uji pancar ini adalah untuk menguji repeater yang akan digunakan serta meningkatkan mutu penerimaan RX&TX ke pengulang daripada mobile,portable dan base station, rakan-rakan semua.

Terima kasih kepada rakan2 yang telah berkesudian meluangkan masa dan membuat uji pancar ke repeater kami. Untuk rakan-rakan lain yang mahu turut serta didalam ujian pancaran ini, sila hubungi setiausaha agung 9w2LLH melalui email radioamaturkl[a]gmail[dot]com.

Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada yang telah memberi sokong kepada (RAKL).